SUAMI oh suami...

Ada masanya suami kita menjengkelkan..menyebabkan kita terfikir kenapa kita memilih dia ... mengapa suami kita dah salah masuk simpang ketika driving kerana salah dia sendiri tetapi marah kita pulak kerana mengingatkan simpang dah terlepas.. kenapa husband kita x nak tolong kita in housechores , x macam husband orang lain... the list is endless

Ada sesetengah isteri ,suami  terlupa beli kuih yang diidamkannya sudah tarik muncung panjang. Suami lupa tarikh lahir atau ulang tahun, terasa gegar rumah tangga (memang menyedihkan apabila suami lupa, sungguh, tapi sekurang-kurangnya suami tidak curang daripada yang bukan main ingat tapi main kayu tiga dibelakang--- x semua lelaki semestinya).

Ada sesetengah isteri yang selalu dipukul , dicela,dianiaya  tetapi tetap setia bersama suaminya.. Ada suami yang tidak menyediakan duit belanja secukupnya untuk isteri dan anak-anak tetapi boleh berkahwin lain, tanggung hidup orang lain.

Mana yang betul, mana yang salah?

 "SEBAIK-BAIK LELAKI IALAH YANG PALING BAIK KEPADA ISTERI DAN AHLI KELUARGANYA"

SABDA RASULLAH (HR ABU DAUD DAN IBNU MAJAH)
                                                             Hak ISTERI

"Janganlah kalian memukul wajahnya,jangan menilainya secara keji dan jangan memisahkannya kecuali di dalam rumah"

SABDA RASULLAH (HR AT-TABRANI)
                                                                           Hak SUAMI

"Jika seseorang isteri mengetahui hak seseorang suami,nescaya dia tidak akan duduk setiap kali hidangan makanan pada siang dan pada malamnya belum lagi selesai suami makan"

 "SEBAIK-BAIK ISTERI IALAH ISTERI YANG MEMBUATKAN SUAMI SENANG MELIHATNYA,TAAT DALAM ARAHAN SUAMINYA DAN TIDAK MENENTANG SUAMINYA SELAGI TIDAK MENYALAHI HUKUM SYARAK"


BERDOALAH KITA AGAR RUMAHTANGGA SENTIASA DIBERKATI, BAHAGIA DAN AMAN SEJAHTERA.

AMIN